Monday, April 26, 2010

PRK HULU SELANGOR - TAHNIAH BN

Tahniah kepada semua pemimpin-pemimpin BN,  P.Kamalanathan, jentera pilihanraya BN,  pengundi-pengundi, penyokong-penyokong BN dan juga para-para bloggers serta media.  Akhirnya usaha yang dibuat telah meluahkan hasilnya. Syukur kita kepada Nya.


Walaupun BN berjaya merampas kembali kerusi parlimen ini tetapi secara keseluruhannya BN masih lagi gagal untuk mengembalikan keyakinan pengundi secara totalnya. Sokongan kepada PKR semasa PRU ke 12 masih utuh. Jumlah undi yang diperolehi oleh Dato Zaid menunjukan sokongan  kepada PKR masih tidak berbelah bagi. Ini menunjukan penyokong tegar mereka masih tidak lari. BN seharusnya membuat sesuatu dalam hal ini

Satu lagi perkara yang perlu di selidiki adalah pengundi Cina. Rata-rata dikawasan majoriti pengundi Cina BN tewas dengan majoriti yang besar. BN di lihat masih belum mampu untuk menarik kembali sokongan masyarakat Cina. Mengapa.....atau mungkin pembelaan masyarakat felda yang rata-rata terdiri daripada orang orang Melayu mengecewakan masyarakat Cina.




No comments:

Post a Comment