Thursday, April 15, 2010

PECAT TERUS MIC DARI BN

Mugilan berdepan kemungkinan dipecat

Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih esok sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. KLIK
 
Cawangan MIC Hulu S'gor beri kata-dua

Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mecalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel...KLIK
 
Sokong Palanivel, MIC tolak calon 'pintu belakang'

Ketua 18 bahagian MIC di Selangor tampil mendesak pucuk pimpinan BN mengesahkan pemilihan G Palanivel sebagai calon pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.KLIK
 
Tindakan mic yang memberi amaran untuk memecat calon selain daripada G. palanivel merupakan satu ugutan kepada Bn. Mengapa mereka benani membuat ugutan kepada bn?   Bukankah mereka juga merupakan parti komponen bn. Mereka sedar bahawa umno kini dalam situasi yang amat lemah dan kesempatan ini diambil oleh mereka untuk menentukan acuan mereka sendiri dalam hal untuk menentukan calon yang bertanding di parlimen hulu Selangor.
 
Kalau mic dah berani membuat ugutan, umno juga perlu tegas dan jangan jadi hamba kepada mic. Kalau mereka ingat mereka kuat biarkan mereka bertanding sendiri menggunakan lambang mic. pecat terus mic dari bn dan umno meletakan calon umno sendiri di Hulu Selangor. Selesai semua masalah.
 

No comments:

Post a Comment