Wednesday, April 7, 2010

Karpal Singh Biadab


Tindakan Karpal Singh bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai bilakah warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1Malaysia, merupakan tindakan biadab dan kurang ajar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, soalan itu seolah-olah tidak menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan itu adalah biadab dan mempunyai niat jahat di sebaliknya. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar dan kini Perdana Menteri pula.

"Dia jelas mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan dia oleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mempertikaikan Perlembagaan,'' kata Ibrahim pada sidang akhbar selepas majlis meraikan petugas Mesyuarat Agung Perkasa, di sini hari ini. KLIK untuk laporan penuh

Penulis: Kurang ajar singh ini dah melampau. GPMS telah pun membuat laporan polis dan PERKASA juga dah pun mengorak langkah untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan tersebut. Penulis bukannya rasis tetapi tergusris di hati apabila seorang peguam yang berpengalaman mengungkit perkara 153 Perlembagaan Negara. Apa kah cukup dengan tindakan oleh dua pertubuhan ini. UMNO yang mempertahankan bangsa Melayu bagaimana. Fikir-fikirkan lah....

No comments:

Post a Comment