Monday, March 29, 2010

PRK Hulu selangor - Semangat 1Malaysia

Terlebih dahulu takziah kepada keluarga Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang telah meninggalkan kita semua di kediamannya akibat barah otak. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh allahyarham.Pemergian Dr Zainal bermakna akan berlaku satu lagi pilihan raya kecil dan yang menariknya PRK ini di negeri Selangor iaitu negeri yang dikuasai oleh PR

Walaupun telah terdapat suara-suara dari akar umbi yang meminta agar BN meletakkan calon dari UMNO berikutan kawasan tersebut merupakan kawasan majoriti Melayu tetapi awal-awal lagi MIC dah pun berkokok mahukan G. Palanival mewakili mereka. Ini atas dakwaan bahawa kerusi parlimen Hulu Selangor diperuntukan kepada mereka.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Dr Zainal dari PKR memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 198 undi. Zainal Abidin mendapat 23,177 undi manakala Datuk G. Palanivel dari BN mendapat 22,979 undi. Umumnya mengetahui bahawa semua tiga kerusi DUN di menangi oleh BN tetapi mengapa pula kerusi Parlimen, BN tewas. Sememangnya perkara ini jarang-jarang berlaku tetapi sekiranya ditinjau kembali undi rosak yang berjumlah 1,466, ini dianggap sebagai undi protes. Justeru selepas tiga penggal G. Palanivel mewakili kawasan berkenaan masyarakat telah muak dengan sikap beliau. Sekiranya beliau kuat dan berpengaruh beliau tidak akan tewas dikawasan yang dianggap selamat ini. Ini sebagai satu pengajaran kepada semua wakil rakyat.

Berdasarakan konsep permuafakatan dan kesefahaman dikalangan parti komponen BN permintaan untuk meletakkan calon Umno haruslah diketepikan. MIC yang telah diperuntukan kerusi tersebut perlu diberikan hak mereka tetapi pilihlah calon lain yang berkemampuan bukan G. Palanivel.

Kekalutan yang berlaku di dalam pentadbiran negeri Selangor serta ditambah lagi dengan pergolakan yang berlaku didalam PKR tidak mustahil kerusi ini dapat dirampas kembali. Cuma BN perlu meletakan calon yang sesuai dan dapat diterima oleh semua gulungan masyarakat dikawasan ini. Manakala UMNO perlu berkorban dan terus memberikan sokongan yang padu kepada calon MIC.

Demi semangat 1M dan demi kemenangan BN UMNO perlu berkorban. Demi kemenangan calon MIC, Dato' Samy Vellu juga perlu berkorban dan jangan turun berkempen di Hulu Selangor. masyarakat India bukannya benci MIC tetapi benci kepada Samy Vellu.

Sunday, March 28, 2010

Isu Kg. Denai Pinggiran


12 rumah yang didakwa rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran, Kempas, Johor telah dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Galian daerah, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Inilah nasib orang melayu di bumi Johor.....Moga UMNO terus perintah Johor!

Kelatetm: Johor, kubu kuat UMNO/BN tetapi beberapa tempat tertentu telah berjaya ditembusi oleh pembangkakng. Dalam saat untuk menghadapi PRK di Selangor, Johor buat hal pula. Jangan ingat Melayu mudah lupa, jangan ingat Melayu senang diurus dan jangan perlekehkan Melayu, nanti PRU ke 13 lingkup...

Saturday, March 27, 2010

Abdullah Minta BN Letak Calon Yang Boleh Menang

Sabtu Mac 27, 2010

KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta Barisan Nasional (BN) meletakkan calon yang boleh menjamin kemenangan pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.

Katanya parti komponen BN tidak perlu berbalah untuk memilih calon sebaliknya bermuafakat supaya calon yang terbaik mampu memberi kemenangan.

"Saya tidak mahu campur tangan dalam hal pemilihan calon, ini adalah keputusan yang perlu diputuskan oleh Pengerusi BN bersama-sama parti komponennya.

"Apa yang kita dan rakyat mahu adalah calon yang diletakkan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor itu boleh membawa kemenangan kepada BN," katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Nelayan Seberang Perai di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan daripada MIC supaya Timbalan Presidennya Datuk G. Palanivel dikekalkan sebagai calon dan juga khabar angin yang bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib mungkin dicalonkan mewakili BN.

Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, percaya dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan seperti perubahan serta kemajuan ekonomi akan membuatkan rakyat lebih yakin terhadap BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya kecil kawasan itu.

Pada pilihan raya umum 2008, Zainal Abidin, 71, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meninggal dunia dua hari lepas akibat barah otak, menewaskan Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi. - BERNAMA

Kelatetm: Era Pak Lah dah berlalu. Tak payah lah masuk campur urusan pemilihan calon Bn di PRK Hulu Selangor.

Thursday, March 25, 2010

Al Fatihah...
Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, akibat barah otak, kira-kira 9.27 malam, 25 Mac 2010.

Dalam keadaan PKR yang kucar kacir dapat kah UMNO/BN merampas kerusi parlimen ini.
Pendedahan YB Zulkifli Nordin di Parlimen.

Harus di ingat bahawa YB Zulkifli Nordin telah dipecat daripada PKR. Seseorang yang dipecat pendiriannya adalah tidak sama dengan orang yang meninggalkan parti. Ideologi PKR nya sudah tentu masih menebal, justeru segala bentuk pendedahan yang dilakukan dalam parlimen hanyalah semata-mata untuk mendapat publisiti.

2. Beliau dilihat tidak ikhlas serta menyembunyikan fakta tertentu kerana beliau masih sayangkan PKR. Apa-apapun wakil bebas ini hanya berani di parlimen sahaja. Mereka takut mengeluarkan kenyataan di luar.