Monday, March 29, 2010

PRK Hulu selangor - Semangat 1Malaysia

Terlebih dahulu takziah kepada keluarga Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang telah meninggalkan kita semua di kediamannya akibat barah otak. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh allahyarham.Pemergian Dr Zainal bermakna akan berlaku satu lagi pilihan raya kecil dan yang menariknya PRK ini di negeri Selangor iaitu negeri yang dikuasai oleh PR

Walaupun telah terdapat suara-suara dari akar umbi yang meminta agar BN meletakkan calon dari UMNO berikutan kawasan tersebut merupakan kawasan majoriti Melayu tetapi awal-awal lagi MIC dah pun berkokok mahukan G. Palanival mewakili mereka. Ini atas dakwaan bahawa kerusi parlimen Hulu Selangor diperuntukan kepada mereka.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Dr Zainal dari PKR memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 198 undi. Zainal Abidin mendapat 23,177 undi manakala Datuk G. Palanivel dari BN mendapat 22,979 undi. Umumnya mengetahui bahawa semua tiga kerusi DUN di menangi oleh BN tetapi mengapa pula kerusi Parlimen, BN tewas. Sememangnya perkara ini jarang-jarang berlaku tetapi sekiranya ditinjau kembali undi rosak yang berjumlah 1,466, ini dianggap sebagai undi protes. Justeru selepas tiga penggal G. Palanivel mewakili kawasan berkenaan masyarakat telah muak dengan sikap beliau. Sekiranya beliau kuat dan berpengaruh beliau tidak akan tewas dikawasan yang dianggap selamat ini. Ini sebagai satu pengajaran kepada semua wakil rakyat.

Berdasarakan konsep permuafakatan dan kesefahaman dikalangan parti komponen BN permintaan untuk meletakkan calon Umno haruslah diketepikan. MIC yang telah diperuntukan kerusi tersebut perlu diberikan hak mereka tetapi pilihlah calon lain yang berkemampuan bukan G. Palanivel.

Kekalutan yang berlaku di dalam pentadbiran negeri Selangor serta ditambah lagi dengan pergolakan yang berlaku didalam PKR tidak mustahil kerusi ini dapat dirampas kembali. Cuma BN perlu meletakan calon yang sesuai dan dapat diterima oleh semua gulungan masyarakat dikawasan ini. Manakala UMNO perlu berkorban dan terus memberikan sokongan yang padu kepada calon MIC.

Demi semangat 1M dan demi kemenangan BN UMNO perlu berkorban. Demi kemenangan calon MIC, Dato' Samy Vellu juga perlu berkorban dan jangan turun berkempen di Hulu Selangor. masyarakat India bukannya benci MIC tetapi benci kepada Samy Vellu.

No comments:

Post a Comment