Friday, May 28, 2010

JUDI BOLA - KERAJAAN SELANGOR MAIN WAYANG

MAJLIS TEMPATAN SELANGOR HARAMKAN PERTARUHAN SUKAN.


Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan. Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama. Berita seterusanya....

Judi dan arak adalah haram bagi umat Islam. Berlesen atau tidak ianya tetap haram. Lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat bagi kedua benda haram ini adalah untuk mengawal penjualannya. Judi dan arak ini dikawal kerana negara kita mempunyai penduduk yang berlainan bangsa dan budaya. Kalau semua penduduk negara ini terdiri daripada masyarakat islam, nescaya perkara ini tidak akan timbul. 

Wahai kerajaan negeri Selangor.....Wahai Latheefa Koya, mengapa judi bola sahaja.. TOTO, MAGNUM dan KUDA macam mana. Itu bukan judi ke. Bola ni bermusim tetapi yang lagi satu tu sepanjang tahun. Hukum nya haram juga kan bagi umat Islam. Seperkara lagi dua kilang terbesar di Shah Alam dan Petaling Jaya tu bagaimana pula.

Saya sokong Kelantan dalam soal judi, tiada lesen premis dikeluarkan dan Kelantan pada mata kasarnya bersih dari judi.... tetapi hakikatnya taukeh haram  berleluasa. Setidak-tidaknya Selangor ikutlah contoh Kelantan, haramakan terus semua premis judi di Selangor.

Wednesday, May 26, 2010

KALAU LANTIK KJ - BYE... BYE... BYE... UMNO

KJ - Zaman kamu sudah berlalu.......

Sunday, May 23, 2010

LESEN JUDI BOLASEPAK

Isu ini sedang hangat diperkatakan khususnya daripada parti pembangkang dan juga dari segelintir  penyokong kerajaan. Hukum Islam jelas " JUDI ADALAH HARAM " Sebagaimana Firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90-91 yang bermaksudnya:-

 "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semuanya kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hedaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil."

Saya ingin bertanya kepada Pas serta kuncu-kuncu mereka termasuk Dap dan Pkr, mengapa mereka melakukan protes lesen judi ini. Sebelum ini adakah mereka semua buta hati kerana banyak lagi lesen judi yang dikeluarkan oleh kerajaan tetapi  tidak kecoh pun. Apakah mereka ingin menjadi hero untuk menunjukan mereka lebih islamik.

Judi bagi orang Islam samada berlesen atau tidak hukumnya tetap haram. Lesen ini adalah untuk orang bukan Islam sahaja bagi menghalalkan pertaruhan mereka. Kalau tak keluarkan lesen nanti wujud pula ' taukeh-taukeh haram ' dan orang-orang ini sudah tentu akan mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Ambil sahaja contoh di Kelantan, negeri Islam ala Pas, oleh kerana lesen premis judi tidak dikeluarkan maka wujudlah taukeh-taukeh haram judi nombor ekor. Siapa yang kaya dan bertambah kaya... Cha Ya Nun Alif.

Kalau nak tunjuk Islam sangat mengapa di Kelantan kerajaan negeri masih mengeluarkan lesen bagi premis untuk jual arak. Tok Guru semasa membuat kenyataan berkaitan arak mengatakan bahawa arak adalah untuk masyarakat bukan Islam. Sama lah seperti lesen judi bolasepak ini, untuk yang bukan Islam. Betulkan diri sendiri dahulu sebelum menegur orang lain.

Kelatetm:
Kerajaan Bn tak perlulah ikut telunjuk pembangkang. Semua bangsa perlu diberi hak mereka dan yang pentingnya kerajaan dapat mengawal kegiatan ini apabila lesen dikeluarkan. Bagi saya sekiranya Bn menarik balik lesen judi ini, masyarakat cina akan terus menjauhkan diri daripada Bn. Ini budaya mereka. Bn dah diuji dalam dua siri terakhir Prk.. sedikit kesilapan lagi... terlungkup terus dalam Pru ke 13 nanti. Semangat 1 Malaysia.. ditelan mati emak, diluah mati bapa

Saturday, May 22, 2010

SIDANG MEDIA AHLI PARLIMEN KAPAR

Hari ini 22 Mei 10 jam 2 petang ahli parlimen Kapar bersama dengan dua orang Adun Pkr daripada kedah akan mengadakan sidang akhbar bertempat di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam.

Kemungkinan besar sidang akhbar ini bertujuan untuk mengumumkan keluar parti. Sama-sama lah kita tunggu. Kemungkinan ini kerana Mike ditemani oleh dua Adun daripada kedah. Apa tujuan mereka turut serta dalam sedang media ini. Berita lanjut akan menyusul.

Sunday, May 16, 2010

NIK AZIZ - DAP BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka. KLIK untuk seterusnya.

Berada dalam satu kapal tetapi berbeza pendapat... ketua kata lain manakala timbalan pula kata lain... apa dah jadi ni. Kenyataan dari dua ulama parti ini akan menimbulkan impak yang amat besar kepada umat Islam. Kenyataan sebegini sudah tentu akan mengelirukan umat Islam... yang mana satu harus di ikut. Untuk kepentingan parti banyak lagi cara yang boleh digunapakai, janganlah main pula dengan kalimah ALLAH.

Nik Aziz, Nik Aziz....tok wali selipar... memang dah nyanyok, sepatutnya kamu mempertahankan Islam kerana PAS memperjuangkan Islam... tapi lain pula jadinya di akhir-akhir ini. Tak kan lah  untuk servival politik kamu sanggup letak islam dibelakang.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan empat penggunaan kalimah kepada yang bukan Islam  iaitu Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat. Perkara ini telahpun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta PU (A) 15/82 dan Pekeliling KKDN. S. 59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala jemaah menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008 memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 2006

Itulah realitinya Pas, demi untuk mendapat sokongan  daripada pengundi Cina, mereka sanggup membuat apa sahaja......cita-cita hanya satu untuk menjatuhkan  Bn.

Thursday, May 6, 2010

ISU TEMBAK REMAJA DI SHAH ALAM

Sebenarnya penulis tidak mahu  menggangu siasatan polis dalam kes ini tetapi dek kerana campur tangan pihak pembangkang yang dah melampau, jari-jari ini telah menjadi gatal. Penulis tidak mahu mempertikaikan tugas polis kerana tanpa mereka kita tidak akan dapat hidup dalam keadaan sekarang ini. Ketika kita sedang tidur dibuai mimpi-mimpi merekalah yang ke hulu dan ke hilir untuk memastikan keamanan negara yang tercinta ini.

Remaja ini pun dah sampai ajalnya... Itu janji tuhan, apa cara sekali pun dia akan mati pada waktu yang telah ditetapkan. Oleh kerana tidak mengendahkan arahan polis, kereta yang dipandunya ditembak. Kita kena faham bahawa kejadian ini berlaku tengah malam dan sudah tentu polis yang mengejarnya mensyaki sesuatu. Penulis yakin pihak polis tiada niat langsung untuk menembak pemandu kereta berkenaan. Mereka hanya menembak tayar tetapi dalam keadaan kereta sedang bergerak agak sukar menepati sasaran dan salah satunya terkena pemandu...Apa boleh buat matilah.

Bagi keluarga simati pula kenyatan-kenyataan yang dibuat sentiasa berubah-ubah. Pada peringkat awalnya nampak bertolak ansur tetapi setelah campurtangan oleh pihak pembangkang lain pula yang jadinya. Apa kah seorang ibu boleh mengeluarkan satu kenyataan bahawa beliau tidak mengetahui anaknya pandai memandu kereta, tidak pernah melihat anaknya memandu kereta, padahal anaknya sering memandu kereta berkenaan, Jiran-jiran berdekatan juga memaklumkan bahawa anaknya sering dilihat memandu kereta tersebut..

Apa kah selama ini beliau tidak mengatahui anaknya sentiasa keluar pada waktu lewat malam. Apakah anaknya adalah seorang pelajar yang baik dan patuh kepada ibunya. Penulis berada bersama dirumah mangsa  ketika itu dan ibu mangsa mengatakan anaknya keluar untuk menonton perlawanan bolasepak direstoren seksyen 11 sedangkan anaknya ke seksyen 7. Hanya selepas anaknya mati barulah si ibu mempertahankan anaknya. Selama ini ibu mangsa tidak mengetahui langsung pergerakan anaknya.

Perkara pokok yang menjadi misteri adalah saksi utama kes. Dakwaan mengatakan saksi ini dipukul oleh pihak polis dan dia berjaya memboloskan diri langsung tidak masuk akal. Seorang remaja 15 tahun, dalam keadaan panik, tersepit dalam kereta, dalam kawasan yang agak cerah ( tiada hutan ) boleh memboloskan diri daripada empat orang anggota polis yang bersenjata serta terlatih.

Selepas memboloskan diri mengapa tidak terus berdiam diri sahaja. Mengapa menghubungi Khalid Samad. Mengapa bapanya juga seorang anggota polis tidak menghubungi Ketua Polis Daerah untuk mendapat pandangan. Apa hubungkait keluarga saksi ini dengan Khalid Samad. Isu ini menjadi panas selepas saksi ini membuat laporan polis dengan ditemani oleh Khalid Samad.

Saksi utama ini pula dah lupa daratan. maklumlah muka hari-hari keluar dalam media arus perdana, bermacam-macamlah statement yang dikeluarkan. Cakap-cakap dari warga balai Seksyen 11 mengatakan saksi ini juga seorang remaja yang nakal. Pada hari pertama mengatakan dia ditumbok oleh polis sehingga patah giginya tetapi kalau dilihat giginya tiada pun yang patah. Kesan lebam yang ditunjukan ditangan dan lain-lain tempat mungkin berlaku semasa kereta berkenaan terbabas. 

Sebagai pandangan peribadi, penulis beranggapan bahawa selepas kereta terbabas, pemeriksaan telah dilakukan dan pihak polis mengenali salah seorangnya adalah anak kepada anggota polis, mereka terus mengarahkan agar saksi ini menghilangkan diri. Mungkin mereka tidak mahu saksi ini terlibat dalam kes ini tetapi sikap pemurah ini telah menjerat leher mereka sendiri. Kalau sekiranya tanggapan ini benar, ini satu kesilapan besar yang dilakukan oleh polis.

Klik
Klik
Klik
Klik
Klik
Klik