Sunday, May 23, 2010

LESEN JUDI BOLASEPAK

Isu ini sedang hangat diperkatakan khususnya daripada parti pembangkang dan juga dari segelintir  penyokong kerajaan. Hukum Islam jelas " JUDI ADALAH HARAM " Sebagaimana Firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90-91 yang bermaksudnya:-

 "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semuanya kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hedaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil."

Saya ingin bertanya kepada Pas serta kuncu-kuncu mereka termasuk Dap dan Pkr, mengapa mereka melakukan protes lesen judi ini. Sebelum ini adakah mereka semua buta hati kerana banyak lagi lesen judi yang dikeluarkan oleh kerajaan tetapi  tidak kecoh pun. Apakah mereka ingin menjadi hero untuk menunjukan mereka lebih islamik.

Judi bagi orang Islam samada berlesen atau tidak hukumnya tetap haram. Lesen ini adalah untuk orang bukan Islam sahaja bagi menghalalkan pertaruhan mereka. Kalau tak keluarkan lesen nanti wujud pula ' taukeh-taukeh haram ' dan orang-orang ini sudah tentu akan mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Ambil sahaja contoh di Kelantan, negeri Islam ala Pas, oleh kerana lesen premis judi tidak dikeluarkan maka wujudlah taukeh-taukeh haram judi nombor ekor. Siapa yang kaya dan bertambah kaya... Cha Ya Nun Alif.

Kalau nak tunjuk Islam sangat mengapa di Kelantan kerajaan negeri masih mengeluarkan lesen bagi premis untuk jual arak. Tok Guru semasa membuat kenyataan berkaitan arak mengatakan bahawa arak adalah untuk masyarakat bukan Islam. Sama lah seperti lesen judi bolasepak ini, untuk yang bukan Islam. Betulkan diri sendiri dahulu sebelum menegur orang lain.

Kelatetm:
Kerajaan Bn tak perlulah ikut telunjuk pembangkang. Semua bangsa perlu diberi hak mereka dan yang pentingnya kerajaan dapat mengawal kegiatan ini apabila lesen dikeluarkan. Bagi saya sekiranya Bn menarik balik lesen judi ini, masyarakat cina akan terus menjauhkan diri daripada Bn. Ini budaya mereka. Bn dah diuji dalam dua siri terakhir Prk.. sedikit kesilapan lagi... terlungkup terus dalam Pru ke 13 nanti. Semangat 1 Malaysia.. ditelan mati emak, diluah mati bapa

No comments:

Post a Comment