Monday, April 26, 2010

PRK HULU SELANGOR - TAHNIAH BN

Tahniah kepada semua pemimpin-pemimpin BN,  P.Kamalanathan, jentera pilihanraya BN,  pengundi-pengundi, penyokong-penyokong BN dan juga para-para bloggers serta media.  Akhirnya usaha yang dibuat telah meluahkan hasilnya. Syukur kita kepada Nya.


Walaupun BN berjaya merampas kembali kerusi parlimen ini tetapi secara keseluruhannya BN masih lagi gagal untuk mengembalikan keyakinan pengundi secara totalnya. Sokongan kepada PKR semasa PRU ke 12 masih utuh. Jumlah undi yang diperolehi oleh Dato Zaid menunjukan sokongan  kepada PKR masih tidak berbelah bagi. Ini menunjukan penyokong tegar mereka masih tidak lari. BN seharusnya membuat sesuatu dalam hal ini

Satu lagi perkara yang perlu di selidiki adalah pengundi Cina. Rata-rata dikawasan majoriti pengundi Cina BN tewas dengan majoriti yang besar. BN di lihat masih belum mampu untuk menarik kembali sokongan masyarakat Cina. Mengapa.....atau mungkin pembelaan masyarakat felda yang rata-rata terdiri daripada orang orang Melayu mengecewakan masyarakat Cina.




Sunday, April 25, 2010

Sultan Selangor Titah Polis Bertindak Pihak Guna Masjid Tujuan Politik KLIK untuk berita selanjutnya


JAIS ditempelak
Dalam sidang media yang sama juga, Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik."Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran."Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Alahai TGNA. Datang bertandang ke tempat orang hormatlah sikit kepada tuan negeri ini. Jangan sampai biadap begitu sekali. Dek kerana politik sanggup menyanggah JAIS. Sanggah JAIS bermakna menyanggah Titah Sultan kerana JAIS hanya melaksana tanggujawab yang di titahkan oleh Sultan sebagai ketua agama negeri ini. Belajar agama tinggi tapi kurang ajar, itulah TGNA....

Mengapa larangan ini telah dikuatkuasa, itu yang TGNA kena belajar lagi. Hamba yang jahil ini pun tahu menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Orang politik bila dah masuk masjid dan start kempen mereka lupa bahawa mereka ketika itu sedang dalam masjid. Kalau setakat nak memberi penerangan berkaitan dasar parti tak apa lah tapi maki haum, tuduh menuduh, fitnah. Kita tanya tok guru baik ke perkara ini diucapkan dalam masjid.

Lagi satu TGNA kata Nabi saw dulu dia tadbir negeri dalam masjid. baginda sebagai ketua negeri, sebagai menteri, sebagai ketua perang dan lain-lain lagi. TGNA perlu belajar sejarah. Zaman Nabi saw. berapa ramai rakyat baginda. Dimasa itu sudah wujudkan bangunan parlimen, dah wujud kah balai-balai polis, dah wujudkan pusat pentadbiran kerajaan. Baginda Rasullullah saw. menggunakan masjid kerana pada waktu itu segala urusan berpusat dimasjid berkenaan.

Dalam konteks pemerintahan sekarang ini, kita kena mengikut cara terkini. ( bukan menolak Islam ) Rakyat malaysia telah mencecah 27 juta. Masjid beribu-ribu, surau apatah lagi. Dalam urusan mentadbir negara, pentadbiran dipecah-pecahkan mengikut pelbagai jabatan yang wujud. PM selaku ketua eksikutif negara manakala menteri-menteri mengetahui jabatan masing-masing.

Urusan pentadbiran negara terletak di Putra Jaya ( inilah yang di idamkan oleh DSAI sahabat karib TGNA ). Negara ini tidak pisahkan politik dan pemerintahan cuma pentadbirannya sahaja tidak dimasjid. TGNA sendiri mentadbir negeri Kelantan kat mana? kat masjid negeri kah? Menang tahun 1990 terus masuk bangunan baru yang dibuat oleh BN. Mula kata membazir tapi bila menang tak bazir pula. Apakah dengan mentadbir diluar masjid dikatakan tidak Islam? Fahamlah sikit mengapa larangan Sultan dikuatkuasakan di Selangor. Baginda tidak mahu masjid dicemari oleh unsur-unsur tidak baik yang dicetuskan oleh politik yang kotor. ....
Kepada TGNA tegur dan bimbinglah pemimpin PAS terlebih dahulu sebelum menegur orang lain.
























Saturday, April 24, 2010

PRK HS - PAS BALING BATU SEMBUNYI TANGAN

PAS adalah sebuah parti politik dan sudah tentulah mempunyai kepentingan dalam politik. Dasar PAS adalah Islam dan perjuangan PAS adalah untuk menegakan hukum Allah dinegara ini. Apakah PAS betul-betul istiqamah untuk ke arah itu. Kalau disingkap kembali sejarah  mereka sanggup mengkafirkan sesama Islam hanya semata-mata untuk mencapai tujuan politik sempit mereka. Tindak tanduk mereka menyebabkan berlakukan sembahyang dua imam, sembelihan orang Umno tidak sah, bercerai berai antara suami isteri, tidak boleh bercampur dengan orang kafir dalam urusan pemerintahahn negara dan lain-lain lagi.

Semasa kempen Pru 1990, mereka telah berjanji untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Janji tersebut terpaksa mereka tunaikan kerana mereka  takut dipersoalkan oleh rakyat Kelantan. Dalam konteks ini kepimpinan PAS harus bertanggungjawab kerana menipu rakyat. Mereka sendiri tahu hukum hudud tidak dapat dilaksana kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan persekutuan. Bagi meyakinkan ahli serta penyokong mereka buat juga dan akhirnya Umno dipersalahkan menolak draf hukum hudud tersebut. Mereka pandai main politik, janji dah buat tapi Umno yang tolak.

Kalau dahulu boleh mengapa sekarang tidak boleh. Hukum mana yang diterima pakai oleh PAS. Dahulu kutuk Anwar sebagai Al-juburi, kutuk Zaid kerana menyaman hukum hudud  tetapi kini menyanjung dan memuja katak-katak ini. Kedua mereka ini walaupun telah dibelai, dibela serta diberi makan minum yang sempurna tetapi bila tak dapat sesuatu mereka sanggup "KEKAH" tuan sendiri.

Dalam PRK Hulu Selangor mereka sanggup mempertahankan Zaid walaupun mereka tahu Zaid adalah peminum tegar. TGNA juga telah menyelar BN kerana menyerang peribadi calon PKR. Mengapa sekarang tidak boleh, dah lupa ke kat Permatang Pasir. Siapa yang memulakan  kerja ini. Penulis sokong TGNA dalam konteks ini tetapi dalam politik kalau tidak suka dikritik atau mengktitik orang , lebih baik buat amal dalam masjid.

 Sepatutunya kedua parti yang bertanding berkempen dengan mengemukakan dasar masing-masing. Apa perancangan masa depan bukannya mengutuk antara satu sama lain.

Kepada TGNA tegur dan bimbinglah  pemimpin  PAS terlebih dahulu sebelum menegur orang lain.



Thursday, April 15, 2010

PECAT TERUS MIC DARI BN

Mugilan berdepan kemungkinan dipecat

Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih esok sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. KLIK
 
Cawangan MIC Hulu S'gor beri kata-dua

Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mecalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel...KLIK
 
Sokong Palanivel, MIC tolak calon 'pintu belakang'

Ketua 18 bahagian MIC di Selangor tampil mendesak pucuk pimpinan BN mengesahkan pemilihan G Palanivel sebagai calon pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.KLIK
 
Tindakan mic yang memberi amaran untuk memecat calon selain daripada G. palanivel merupakan satu ugutan kepada Bn. Mengapa mereka benani membuat ugutan kepada bn?   Bukankah mereka juga merupakan parti komponen bn. Mereka sedar bahawa umno kini dalam situasi yang amat lemah dan kesempatan ini diambil oleh mereka untuk menentukan acuan mereka sendiri dalam hal untuk menentukan calon yang bertanding di parlimen hulu Selangor.
 
Kalau mic dah berani membuat ugutan, umno juga perlu tegas dan jangan jadi hamba kepada mic. Kalau mereka ingat mereka kuat biarkan mereka bertanding sendiri menggunakan lambang mic. pecat terus mic dari bn dan umno meletakan calon umno sendiri di Hulu Selangor. Selesai semua masalah.
 

Wednesday, April 14, 2010

MIC tolak calon 'pintu belakang', desak BN pilih Palanivel

Ketua 18 bahagian MIC di Selangor hari ini tampil mendesak pucuk pimpinan BN supaya mengesahkan pemilihan Datuk G Palanivel sebagai calon pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, sepertimana yang diperakukan oleh presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat MIC di ibunegara, wakil kumpulan tersebut, A Saktivel yang juga ketua MIC Puchong, berkata kesefakatan BN menyatakan bahawa pengerusi BN mesti menerima siapa sahaja calon yang dipilih oleh pemimpin parti komponennya. KLIK seterusnya

Hari penamaan calon sudah dekat. Mic masih lagi berdolak dalih dan tetap berpendirian untuk berpihak kepada G. Palanivel. Siapa A. Saktivel ini ataupun dia yang nak jadi calon. Walau apa pun Bn tidak perlu tunduk kepada tekanan ini. Pengumuman calon akan dilakukan pada 15 Apr 2010 dan Bn masih mempunyai masa yang cukup untuk menukar calon yang lain sekiranya calon yang di istiharklan mendapat bantahan atau dipecat daripada Mic.

Pergi jahanam lah dengan Mic. Susah-susah sangat letak calon melayu dan itulah hasrat pengundi Hulu selangor.Biarkan mic terjun dengan labu-labunya.  Apa guna bertanding kalau sudah tentu akan kalah. Mic ni masih tak sedar atau sengaja buat tak sedar. Kalau Palanivel ada aura, dia tak akan kalah dalam Pru lepas.

Makanan dah ada dalam mulut buat apa nah muntahkan pula. Umno tidak pernah mencampuri urusan parti di dalam komponen bn. Penentuan calon ini dibuat oleh pengerusi bn kerana mic hanya mahukan Palanivel sedangkan pengundi tidak mahu penama ini.

Mic sendiri pun dah tidak ada aura lagi dikalangan pengundi India. Kalau tidak boleh selesaikan juga  masalah yang timbul, pecat sahaja mic dari komponen bn.






Sunday, April 11, 2010

AMARAN MB - BN MENANG TARIF AIR SELANGOR NAIK

Mb Gagap dalam satu majlis makan makan bersama penduduk Pekan Ulu Yam baru telah menyatakan " sekiranya Bn menang, tarif air Selangor akan naik. Ini kah mentaliti seorang yang bergelar menteri besar. Kalau Bn menang di Hulu Selangor, kerajaan Selangor terjejas ke....menang ke, kalah ke, kerajaan pusat dan kerajaan negeri tak terjejas pun.KLIK disini.


Beliau juga menyatakan tujuan beliau datang adalah untuk mendapat maklum balas masalah rakyat. Apa selama ini rakyat tiada masalah ke??. Penamaan calon belum lagi kempen dah start. Kalau Bn buat kata nak bagi rasuah kepada rakyat, KLIK disini. AMK telah mencabar DS Najib supaya berhadapan dengan rakyat secara 'gentlement ' tapi mereka yang tidak gentlement.
 
Dok kata kat orang, kita yang lebih.....
 
 

Wednesday, April 7, 2010

MIC CALON DI HULU SELANGOR

PM telah umumkan bahawa semangat perpaduan dalam BN perlu dikekalkan demi untuk kejayaan BN. Memandangkan sebelum ini kerusi parlimen Hulu Selangor diwakili oleh MIC, maka kerusi parlimen ini akan dikekalkan kepada MIC. Walau bagaimanapun calon MIC yang akan diketengahkan akan ditentukan oleh PM sendiri selaku pengerusi BN bukannya Dato' S.Samy Vellu.

Kenyataan ini dibuat semasa PM merasmikan penutupan konvensyen BN Selangor di SACC.
Karpal Singh Biadab


Tindakan Karpal Singh bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai bilakah warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1Malaysia, merupakan tindakan biadab dan kurang ajar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, soalan itu seolah-olah tidak menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan itu adalah biadab dan mempunyai niat jahat di sebaliknya. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar dan kini Perdana Menteri pula.

"Dia jelas mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan dia oleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mempertikaikan Perlembagaan,'' kata Ibrahim pada sidang akhbar selepas majlis meraikan petugas Mesyuarat Agung Perkasa, di sini hari ini. KLIK untuk laporan penuh

Penulis: Kurang ajar singh ini dah melampau. GPMS telah pun membuat laporan polis dan PERKASA juga dah pun mengorak langkah untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan tersebut. Penulis bukannya rasis tetapi tergusris di hati apabila seorang peguam yang berpengalaman mengungkit perkara 153 Perlembagaan Negara. Apa kah cukup dengan tindakan oleh dua pertubuhan ini. UMNO yang mempertahankan bangsa Melayu bagaimana. Fikir-fikirkan lah....

Saturday, April 3, 2010

Jangan ambil calon yang bodoh ini

" Presiden MIC hanya pilih saya sebagai calon. Ini adalah  kerana saya sebagai Ketua MIC Bahagian Hulu Selangor, Pengerusi MIC Selangor dan Timbalan Presiden. Kalau tidak hanya satu nama calon lain mari akan timbul persaingan. Itu akan menggegarkan cawangan MIC seluruh negara. "

Ini lah kenyataan yang bodoh dari seorang pemimpin MIC yang di agong-agongkan oleh Datuk S. Samy Vellu. Kepada Datuk Samy turunlah buat kajian dibawah, jangan dok buat kajian dimeja bulat. Palanivel ni jawatan saja besar tetapi jawatan ini adalah subsidi dariapda Datuk Samy. Dia tidak mendapat sokongan yang padu daripada akar umbi. Kalau dah tidak mendapat sokongan siapa yang akan mengundi beliau . Tak tahulah Hulu Selangor tu banyak hutan, mungkin beruk dan kera kut yang akan turun mengundi.

Kalau dikatakan PRU 2008 merupakan satu tsunami politik, tetapi mengapa kerusi parlimen kalah sedangkan ketiga kerusi DUN dimenangi oleh BN dengan majorit yang besar. Apa Datuk Samy tak nampak ke perkara ini atau sengaja buat tak tahu semata-mata  untuk menyelamatkan orang kuatnya. Rakyat telah menolak calon ini di PRU yang lalu bukan menolak parti.

Pada peringkat awal dahulu saya menyokong calon yang diketengahkan mestilah dari MIC tetapi kini saya mencadangkan UMNO mengambil alih tempat berkenaan. MIC harus bersabar dan memberi sokongan yang padu kepada BN dalam PRK ini. Sebagai gantinya dalam PRU akan datang kerusi Batang Kali hendaklah diperuntukan untuk MIC. Dari petunjuk semasa BN mempunyai peluang yang amat cerah untuk menang tetapi sebaliknya sekiranya meletakan calon yang bodoh ini.

Friday, April 2, 2010

145 Ahli Parlimen seluruh Dunia Tuntut Gugur Kes anwar

BANGKOK 2 Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara mendedak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan perbicaraan kes yang serupa pada 1998. Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari 145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung perbiacraan Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU. Resolusi tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengelola IPU oleh pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator Aquilino Q Pimentel Jr untuk diterimapakai. "Adalah amat membimbangkan anggota pasukan pendakwaan yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat yang pertama, yang mana Ketua Pendakwa ketika itu kini dilantik sebagai Peguam Negara. Beliau dituduh merekacipta bukti terhadap Anwar dan kini terlibat sekali lagi dalam perbicaran terkini. Pasukan pembelaan Anwar telah dinafikan dokumen dan bukti dan dihalang daripada menyediakan pembelaan yang tuntas. "IPU berpendirian bahawa pembelaan adalah sebahagian daripada elemen keadilan dalan sesuatu perbicaraan dan kegagalan memberi hak kepada pasukan pembelaan dan sebarang keputusan mahkamah hasil daripada tindakan itu dianggap pada dasarnya ditolak," tegas IPU. Badan itu juga meminta Setiausaha Agung IPU supaya memastikan wakil IPU akan berada sebagai pemerhati dalam perbicaraan akan datang. IPU juga meminta Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen agar terus meneliti kes yang sabitkan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan menyediakan laporan pada mesyuarat IPU ke-123 pada Oktober 2010. Tiga wakil Pakatan Rakyat yang hadir termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Senator Mumtaz Md Nawi. IPU adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh Ahli Parlimen dari seluruh dunia dan ditubuhkan pada 1889. Ia berfungsi sebagai wadah dialog antarabangsa yang berjuang untuk keamanan dan kerjasama serta mengukuhkan sistem demokrasi.
sumber: klik sini 

Kelatetm: Peli......t tegar. Tak payah lah dok susah-susah minta campur tangan orang asing. Anda buat anda tanggung lah.