Sunday, April 25, 2010

Sultan Selangor Titah Polis Bertindak Pihak Guna Masjid Tujuan Politik KLIK untuk berita selanjutnya


JAIS ditempelak
Dalam sidang media yang sama juga, Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik."Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran."Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Alahai TGNA. Datang bertandang ke tempat orang hormatlah sikit kepada tuan negeri ini. Jangan sampai biadap begitu sekali. Dek kerana politik sanggup menyanggah JAIS. Sanggah JAIS bermakna menyanggah Titah Sultan kerana JAIS hanya melaksana tanggujawab yang di titahkan oleh Sultan sebagai ketua agama negeri ini. Belajar agama tinggi tapi kurang ajar, itulah TGNA....

Mengapa larangan ini telah dikuatkuasa, itu yang TGNA kena belajar lagi. Hamba yang jahil ini pun tahu menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Orang politik bila dah masuk masjid dan start kempen mereka lupa bahawa mereka ketika itu sedang dalam masjid. Kalau setakat nak memberi penerangan berkaitan dasar parti tak apa lah tapi maki haum, tuduh menuduh, fitnah. Kita tanya tok guru baik ke perkara ini diucapkan dalam masjid.

Lagi satu TGNA kata Nabi saw dulu dia tadbir negeri dalam masjid. baginda sebagai ketua negeri, sebagai menteri, sebagai ketua perang dan lain-lain lagi. TGNA perlu belajar sejarah. Zaman Nabi saw. berapa ramai rakyat baginda. Dimasa itu sudah wujudkan bangunan parlimen, dah wujud kah balai-balai polis, dah wujudkan pusat pentadbiran kerajaan. Baginda Rasullullah saw. menggunakan masjid kerana pada waktu itu segala urusan berpusat dimasjid berkenaan.

Dalam konteks pemerintahan sekarang ini, kita kena mengikut cara terkini. ( bukan menolak Islam ) Rakyat malaysia telah mencecah 27 juta. Masjid beribu-ribu, surau apatah lagi. Dalam urusan mentadbir negara, pentadbiran dipecah-pecahkan mengikut pelbagai jabatan yang wujud. PM selaku ketua eksikutif negara manakala menteri-menteri mengetahui jabatan masing-masing.

Urusan pentadbiran negara terletak di Putra Jaya ( inilah yang di idamkan oleh DSAI sahabat karib TGNA ). Negara ini tidak pisahkan politik dan pemerintahan cuma pentadbirannya sahaja tidak dimasjid. TGNA sendiri mentadbir negeri Kelantan kat mana? kat masjid negeri kah? Menang tahun 1990 terus masuk bangunan baru yang dibuat oleh BN. Mula kata membazir tapi bila menang tak bazir pula. Apakah dengan mentadbir diluar masjid dikatakan tidak Islam? Fahamlah sikit mengapa larangan Sultan dikuatkuasakan di Selangor. Baginda tidak mahu masjid dicemari oleh unsur-unsur tidak baik yang dicetuskan oleh politik yang kotor. ....
Kepada TGNA tegur dan bimbinglah pemimpin PAS terlebih dahulu sebelum menegur orang lain.
























No comments:

Post a Comment