Wednesday, April 14, 2010

MIC tolak calon 'pintu belakang', desak BN pilih Palanivel

Ketua 18 bahagian MIC di Selangor hari ini tampil mendesak pucuk pimpinan BN supaya mengesahkan pemilihan Datuk G Palanivel sebagai calon pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, sepertimana yang diperakukan oleh presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat MIC di ibunegara, wakil kumpulan tersebut, A Saktivel yang juga ketua MIC Puchong, berkata kesefakatan BN menyatakan bahawa pengerusi BN mesti menerima siapa sahaja calon yang dipilih oleh pemimpin parti komponennya. KLIK seterusnya

Hari penamaan calon sudah dekat. Mic masih lagi berdolak dalih dan tetap berpendirian untuk berpihak kepada G. Palanivel. Siapa A. Saktivel ini ataupun dia yang nak jadi calon. Walau apa pun Bn tidak perlu tunduk kepada tekanan ini. Pengumuman calon akan dilakukan pada 15 Apr 2010 dan Bn masih mempunyai masa yang cukup untuk menukar calon yang lain sekiranya calon yang di istiharklan mendapat bantahan atau dipecat daripada Mic.

Pergi jahanam lah dengan Mic. Susah-susah sangat letak calon melayu dan itulah hasrat pengundi Hulu selangor.Biarkan mic terjun dengan labu-labunya.  Apa guna bertanding kalau sudah tentu akan kalah. Mic ni masih tak sedar atau sengaja buat tak sedar. Kalau Palanivel ada aura, dia tak akan kalah dalam Pru lepas.

Makanan dah ada dalam mulut buat apa nah muntahkan pula. Umno tidak pernah mencampuri urusan parti di dalam komponen bn. Penentuan calon ini dibuat oleh pengerusi bn kerana mic hanya mahukan Palanivel sedangkan pengundi tidak mahu penama ini.

Mic sendiri pun dah tidak ada aura lagi dikalangan pengundi India. Kalau tidak boleh selesaikan juga  masalah yang timbul, pecat sahaja mic dari komponen bn.






No comments:

Post a Comment