Saturday, April 3, 2010

Jangan ambil calon yang bodoh ini

" Presiden MIC hanya pilih saya sebagai calon. Ini adalah  kerana saya sebagai Ketua MIC Bahagian Hulu Selangor, Pengerusi MIC Selangor dan Timbalan Presiden. Kalau tidak hanya satu nama calon lain mari akan timbul persaingan. Itu akan menggegarkan cawangan MIC seluruh negara. "

Ini lah kenyataan yang bodoh dari seorang pemimpin MIC yang di agong-agongkan oleh Datuk S. Samy Vellu. Kepada Datuk Samy turunlah buat kajian dibawah, jangan dok buat kajian dimeja bulat. Palanivel ni jawatan saja besar tetapi jawatan ini adalah subsidi dariapda Datuk Samy. Dia tidak mendapat sokongan yang padu daripada akar umbi. Kalau dah tidak mendapat sokongan siapa yang akan mengundi beliau . Tak tahulah Hulu Selangor tu banyak hutan, mungkin beruk dan kera kut yang akan turun mengundi.

Kalau dikatakan PRU 2008 merupakan satu tsunami politik, tetapi mengapa kerusi parlimen kalah sedangkan ketiga kerusi DUN dimenangi oleh BN dengan majorit yang besar. Apa Datuk Samy tak nampak ke perkara ini atau sengaja buat tak tahu semata-mata  untuk menyelamatkan orang kuatnya. Rakyat telah menolak calon ini di PRU yang lalu bukan menolak parti.

Pada peringkat awal dahulu saya menyokong calon yang diketengahkan mestilah dari MIC tetapi kini saya mencadangkan UMNO mengambil alih tempat berkenaan. MIC harus bersabar dan memberi sokongan yang padu kepada BN dalam PRK ini. Sebagai gantinya dalam PRU akan datang kerusi Batang Kali hendaklah diperuntukan untuk MIC. Dari petunjuk semasa BN mempunyai peluang yang amat cerah untuk menang tetapi sebaliknya sekiranya meletakan calon yang bodoh ini.

No comments:

Post a Comment