Saturday, March 27, 2010

Abdullah Minta BN Letak Calon Yang Boleh Menang

Sabtu Mac 27, 2010

KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta Barisan Nasional (BN) meletakkan calon yang boleh menjamin kemenangan pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.

Katanya parti komponen BN tidak perlu berbalah untuk memilih calon sebaliknya bermuafakat supaya calon yang terbaik mampu memberi kemenangan.

"Saya tidak mahu campur tangan dalam hal pemilihan calon, ini adalah keputusan yang perlu diputuskan oleh Pengerusi BN bersama-sama parti komponennya.

"Apa yang kita dan rakyat mahu adalah calon yang diletakkan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor itu boleh membawa kemenangan kepada BN," katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Nelayan Seberang Perai di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan daripada MIC supaya Timbalan Presidennya Datuk G. Palanivel dikekalkan sebagai calon dan juga khabar angin yang bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib mungkin dicalonkan mewakili BN.

Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, percaya dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan seperti perubahan serta kemajuan ekonomi akan membuatkan rakyat lebih yakin terhadap BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya kecil kawasan itu.

Pada pilihan raya umum 2008, Zainal Abidin, 71, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meninggal dunia dua hari lepas akibat barah otak, menewaskan Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi. - BERNAMA

Kelatetm: Era Pak Lah dah berlalu. Tak payah lah masuk campur urusan pemilihan calon Bn di PRK Hulu Selangor.

No comments:

Post a Comment