Tuesday, August 17, 2010

SERUAN UNTUK MELAYU BERSATU

Diakhir-akhir ini kita sering terdengar bangsa asing khususnya kepimpinan masyarakat Cina samada dalam kerajaAn atau pembangkang mengkritik pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh Dato' Seri Najib.Kalau pembangkang tak kisah lah kerana itu dah menjadi kelazimannya tetapi kini anggota parti komponen sendiri juga bertindak demikian.

Mengapa Chua Soi Lek begitu berani mengkritik ekuiti kepada orang-orang Melayu. Kita tidak boleh menyalahkan Chua Soi Lek. Sebenarnya orang Melayu sendiri masih dalam keadaan tidur. Penulis bukannya memperjuangkan bangsa tetapi tersentuh sedikit. Pokok pangkalnya, mereka berani adalah disebabkan kerajaan yang ada dewasa ini merupakan  sebuah kerajaan yang amat lemah.

Orang orang Cina dan India telah membuktikan dalam Pru ke 12 yang lalu bahawa kerajaan Bn boleh dirumbangkan apabila Melayu berpecah. Kini mereka memasang angan-angan untuk mengambil alih kuasa politik yang selama ini dipegang dan dikuasai oleh Melayu dibawah Umno.Perkara ini tidak mustahil kalau kita melihat senario politik semasa. Masyarakat cina samada Mca, Gerakan dan Dap dilihat mengeluarkan nada yang sama ke arah kesepakatan untuk menguasai politik Malaysia.

Dal;am keghairahn masyarakat lain menyusun strategi ke arah Pru ke 13, orang-orang Melayu masih lagi di takuk yang lama. Umno dibiarkan bersendirian bagi mempertahan hak-hak Melayu. Melayu Pas dan Pkr telah termakan pujuk rayu Dap sehingga sanggup mengenepikan hak bangsa asalkan cita-cita untuk menawan Putrajaya tercapai.

Sekiranya orang melayu bersatu, bangsa asing tidak akan berani mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris perasaan orang Melayu. Wahai Orang orang Melayu dalam Pas dan Pkr sedarlah hak kita sedang diperkotak katikkan ketika ini. Mana semangat melayu kamu........ Jangan jadi alat kepada bangsa asing. Maruah dan hak orang Melayu perlu dijaga.

No comments:

Post a Comment