Saturday, April 24, 2010

PRK HS - PAS BALING BATU SEMBUNYI TANGAN

PAS adalah sebuah parti politik dan sudah tentulah mempunyai kepentingan dalam politik. Dasar PAS adalah Islam dan perjuangan PAS adalah untuk menegakan hukum Allah dinegara ini. Apakah PAS betul-betul istiqamah untuk ke arah itu. Kalau disingkap kembali sejarah  mereka sanggup mengkafirkan sesama Islam hanya semata-mata untuk mencapai tujuan politik sempit mereka. Tindak tanduk mereka menyebabkan berlakukan sembahyang dua imam, sembelihan orang Umno tidak sah, bercerai berai antara suami isteri, tidak boleh bercampur dengan orang kafir dalam urusan pemerintahahn negara dan lain-lain lagi.

Semasa kempen Pru 1990, mereka telah berjanji untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Janji tersebut terpaksa mereka tunaikan kerana mereka  takut dipersoalkan oleh rakyat Kelantan. Dalam konteks ini kepimpinan PAS harus bertanggungjawab kerana menipu rakyat. Mereka sendiri tahu hukum hudud tidak dapat dilaksana kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan persekutuan. Bagi meyakinkan ahli serta penyokong mereka buat juga dan akhirnya Umno dipersalahkan menolak draf hukum hudud tersebut. Mereka pandai main politik, janji dah buat tapi Umno yang tolak.

Kalau dahulu boleh mengapa sekarang tidak boleh. Hukum mana yang diterima pakai oleh PAS. Dahulu kutuk Anwar sebagai Al-juburi, kutuk Zaid kerana menyaman hukum hudud  tetapi kini menyanjung dan memuja katak-katak ini. Kedua mereka ini walaupun telah dibelai, dibela serta diberi makan minum yang sempurna tetapi bila tak dapat sesuatu mereka sanggup "KEKAH" tuan sendiri.

Dalam PRK Hulu Selangor mereka sanggup mempertahankan Zaid walaupun mereka tahu Zaid adalah peminum tegar. TGNA juga telah menyelar BN kerana menyerang peribadi calon PKR. Mengapa sekarang tidak boleh, dah lupa ke kat Permatang Pasir. Siapa yang memulakan  kerja ini. Penulis sokong TGNA dalam konteks ini tetapi dalam politik kalau tidak suka dikritik atau mengktitik orang , lebih baik buat amal dalam masjid.

 Sepatutunya kedua parti yang bertanding berkempen dengan mengemukakan dasar masing-masing. Apa perancangan masa depan bukannya mengutuk antara satu sama lain.

Kepada TGNA tegur dan bimbinglah  pemimpin  PAS terlebih dahulu sebelum menegur orang lain.



No comments:

Post a Comment